Panasnya Hari Ini

Penyingkiran Mahathir Dari Petronas Bukti Kerajaan Najib Minda Lemah ‘Otak Udang’

KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet untuk menamatkan perkhidmatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mereka adalah minda lemah otak udang, kata bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin berkata, dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan tersebut, ianya akan membangkitkan lagi perasaan benci rakyat kepada Najib.

“Alasan Kabinet minda lemah otak udang ini adalah kerana Tun Mahathir tidak lagi sehaluan dengan kerajaan.

“Sebenarnya Tun Mahathir amat sehaluan dengan kerajaan, cuma beliau menentang keras amalan rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa oleh kepimpinan Najib,”katanya menerusi catatan di laman Facebooknya.

Jelasnya lagi, disebabkan Tun Mahathir sehaluan dengan kerajaan, Deklarasi Rakyat untuk selamatkan Malaysia hanya memfokuskan untuk mendesak Najib untuk berundur.

“Kita tak pernah sebut pun suruh rakyat tumbangkan kerajaan.

“Semua permasalahan isu-isu 1MDB, kononnya wang derma RM2.6 bilion dan wang SRC International RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya tidak pernah dijawab secara jelas ataupun komprehensif oleh Najib,”tegasnya.

Katanya lagi, penipuan dan alasan-alasan yang direka sama sekali tidak konsisten malah kerajaan pada hari ini juga sukar untuk meyakinkan rakyat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya Tun Mahathir tidak sehaluan dengan kerajaan, pastinya di dalam Deklarasi Rakyat akan menggesa rakyat untuk tolak kerajaan, sebaliknya perkara itu tidak berlaku.

“Fokus hanya mendesak Najib berundur kerana integritinya amat tercemar dengan begitu teruk sekali.

“Keseluruhan rakyat hanya desak Najib untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana beliau telah gagal di dalam pentadbirannya masakini,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");