Panasnya Hari Ini

Perhimpunan 27 Mac: Polis Akan Pantau Ucapan

KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang membuat ucapan mengandungi elemen hasutan dalam perhimpunan dirancang di negara ini pada 27 Mac ini.

Ujarnya, sesiapa yang berucap pada perhimpunan itu, walaupun diadakan di kawasan tertutup, perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana polis akan mengambil tindakan jika menyentuh perkara yang mempunyai unsur hasutan.

“Saya tidak tahu di mana mereka nak buat perhimpunan tapi walaupun dalam kawasan tertutup kami (polis) akan pantau (ucapan),” katanya memetik sumber Bernama.

Terdahulu, Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara yang telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan tertutup yang dicadangkan oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Pengajuran perhimpunan itu adalah bertujuan untuk membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");