Panasnya Hari Ini

Perlu Kenakan Tindakan Tegas Kepada Pengkhianat UMNO

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Kinabatangan menggesa supaya Majlis Tertinggi (MT) mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat parti itu yang disifatkan bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua, Jafry Arifin, berkata tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin parti itu duduk semeja dengan pembangkang adalah tidak wajar.

“Kami membantah tindakan mereka, sebaliknya mahu menyokong dan mempertahankan institusi kepemimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

“Kita akur keputusan MT UMNO menggantung Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden selaras peruntukan Perlembagaan UMNO, ” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan UMNO Bahagian Kinabatangan di Bandar Nam Tung,di Sandakan memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi, UMNO Bahagian Kinabatangan juga sebulat suara memutuskan untuk berdiri teguh dan bersedia berjuang bersama kepemimpinan UMNO Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah.

Tambahnya lagi kerajaan disaran memperkukuhkan aspek keselamatan khususnya di Kinabatangan susulan pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung risikan yang mendapati kumpulan mengaku waris kesultanan Sulu melantik panglima di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");