Panasnya Hari Ini

Perlu Penjenamaan Semula Rukun Tetangga – TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi berkata, Rukun Tetangga perlu dijenamakan semula seiring dengan perubahan zaman dan modenisasi berikutan ia merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beliau turut menekankan kepentingan perubahan secara holistik yang sesuai dengan perkembangan semasa meskipun beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai penjenamaan semula Rukun Tetangga.

“Generasi Y dan Z perlu digembleng untuk menyertai Rukun Tetangga yang menjadi platform perpaduan di dalam negara. Saya merasakan perubahan dari dalam perlu dilakukan untuk mewujudkan perpaduan maka pengisian Rukun Tetangga perlu diubah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Rukun Tetangga 1Malaysia 2016 di sini hari ini, lapor Malaysia Gazette.

Dalam pada itu, beliau berkata, perpaduan pada hari ini bukan lagi bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, sebaliknya perlu digerakkan dalam diri setiap individu.

Tegasnya, perpaduan bukanlah merupakan satu isu ‘tempelan’ tetapi sebaliknya perkara penting yang masih mempunyai banyak ruang untuk diperkasakan.

“Perpaduan harus dilakukan dari dalam hati setiap individu. Kita harus sama-sama mencari titik persamaan kerana isu perbezaan terlalu mudah untuk ditemui,” ujarnya, lapor Malaysia Gazette lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");