Perak Hari Ini

Pertandingan Fotografi Taiping 2016 Tawar Hadiah Tunai RM12,000

TAIPING: Peminat seni fotografi terutama yang berada di Taiping diminta agar tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan “Jom Klik2 Taiping & Pertandingan Fotografi Taiping 2016” bermula hari ini.

Menurut Pengarah Zoo Taiping & Night Safari Dr.Kevin Lazarus pertandingan bermula pada 12 Mac sehingga 15 April depan.

PERAK TODAY 4

Penyertaan adalah menerusi secara atas talian iaitu menerusi laman web MPT, www.mptaiping.gov.my dan penghantaran hasil karya juga mestilah menerusi laman sesawang berkenaan.

Ujarnya lagi, bayaran yang dikenakan adalah RM30 bagi dua keping gambar dan tambahan penyertaan setiap satu gambar akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua asalkan gambar tersebut mesti diambil di Taiping pada tarikh yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambahnya lagi, hasil karya akan dihakimi oleh para panel yang berpengalaman.

Dr Kevin turut berkata, orang ramai disaran supaya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri bengkel Bengkel Asas Fotografi yang akan diadakan pada 19 dan 20 Mac ini.

“Bengkel selama dua hari ini hanya mengambil masa sekitar lima jam dan peserta perlu membayar sebanyak RM50 dan disediakan sarapan dan makan tengah hari dengan tenaga pelatih.

“Mankala bayaran bagi pelajar hanya sebanyak RM15,” katanya lagi.

PERAK TODAY 7

Ujarnya lagi, penyertaan adalah melibatkan pemandangan di sekitar Taiping termasuklah Bukit Larut, Batu Kurau, Sungai Tinggi dan Kuala Sepetang.

Para pemenang akan diumumkan dalam satu majlis semasa karnival Fotografi yang dijangka akan berlangsung pada penghujung April ini.

Program ini bukan hanya dapat menarik banyak penyertaan di kalangan masyarakat tentang keunikan yang ada di Taiping, tetapi ia juga mampu untuk menarik pelancong khususnya daripada pelancong luar negara.

Pemenang berpeluang untuk merebut hadiah tunai bernilai RM12,000 serta pelbagai barangan sebagai hadiah iringan.

Pertandingan ini menampilkan beberapa tema iaitu tema burung dan hidupan liar, alam semulajadi dan pemandangan, bangunan dan unsur kemanusiaan.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");