Jenayah

Pertanyaan bermuslihat

Rompin: Seorang pekerja kedai serbaneka kerugian RM20,000 selepas rantai emasnya diragut penjenayah dalam kejadian di Muadzam Shah, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa berusia 60 tahun bagaimanapun tidak tercedera.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, ketika kejadian, dua lelaki memasuki kedai serbaneka itu sebelum menghampiri wanita berkenaan yang bertugas di kaunter bayaran.

Beliau berkata, mereka pura-pura bertanyakan sesuatu sebelum meragut rantai leher milik wanita itu.

“Pada masa sama, rakan lelaki itu cuba membuka mesin juruwang di kaunter, tetapi gagal.

“Mangsa yang terkejut menjerit menyebabkan lelaki berkenaan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan segera menghubungi majikan sebelum membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah.

“Dia tidak sempat mengecam nombor pendaftaran motosikal dinaiki penjenayah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan kedua-dua suspek tidak menggunakan senjata ketika merompak kedai berkenaan.

“Bagaimanapun, kami percaya suspek berasal dari Muadzam Shah berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

“Kami berusaha mengesan suspek dan mengedarkan gambar mereka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Rompin di talian 09-4145222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");