Panasnya Hari Ini

Petisyen Turunkan Poster Najib Di Universiti Nottingham Cecah 4,000 Tandatangan

KUALA LUMPUR: Satu petisyen yang meminta agar pihak Universiti Nottingham di United Kingdom untuk menurunkan poster Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima hampir 4,000 tandatangan dalam masa tiga hari sebagai sokongan terhadap langkah itu.

Petisyen tersebut dimuat naik oleh Cassandra Chung kerana sikap Perdana Menteri yang berdiam diri berkaitan isu ‘derma’ sebanyak RM2.6 bilion.

The Malaysian Insider melaporkan, Chung hanya menganggarkan akan memperoleh sekitar 100 tandatangan.

Tegas pelajar undang-undang itu lagi, beliau sudah mengemukakan usul tersebut dan pada ketika ini, beliau tidak akan menarik balik (petisyen tersebut).

“Pada masa ini, kita sedang menunggu di Persatuan Malaysia meluluskan usul untuk dibahaskan di mesyuarat agung tahunan (AGM) minggu hadapan,”katanya.

Chung bagaimanapun dilaporkan berkata, walaupun Persatuan Malaysia selalunya sangat terbuka kepada kebanyakan cadangan ahli, beliau tidak pasti persatuan itu akan menerima usul yang dicadangkan memandangkan persatuan itu harus bersikap neutral.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa gembira apabila petisyen tersebut menerima sambutan yang menggalakkan.

“Apabila petisyen di peringkat penggubalan,saya diberitahu beberapa kali yang petisyen itu tidak boleh mendapat banyak sokongan. Jadi ketika bermula, harapan adalah sekurang-kurangnya 100 tandatangan.

“Jadi bayangkan kejutan semua orang apabila kami mencecah 1,000 tandatangan dalam masa kurang 24 jam dan apabila pelbagai portal akhbar mengesan petisyen itu,”ujarnya.

Chung turut menceritakan bahawa, beliau turut menerima maklumbalas daripada pihak berkuasa selain daripada menerima ancaman di atas talian.

“Selepas dua atau tiga jam memuat naik petisyen tersebut, saya dimaklumkan seorang anggota jawatankuasa Persatuan Nottingham Malaysia yang Suruhanjaya Tinggi (Malaysia di Singapura) mencari nombor telefon saya.

“Saya menggeletar sehinggakan saya hanya dapat tidur dua jam sahaja pada malam itu,”katanya.

Kata beliau lagi, sehingga kini, Suruhanjaya Tinggi masih belum menghubungi beliau dan rakan-rakannya memberi jaminan bahawa Suruhanjaya Tinggi itu mungkin hanya mahu memberi ‘kuliah satu jam’ kepadanya.

“Rupa-rupanya, seseorang memberitahu saya petisyen itu berjaya beri tekanan ke atas Kementerian Pendidikan Malaysia, Kelab UMNO dan Suruhanjaya Tinggi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");