Berita Hari Ini

‘Petronas perlu lebih mesra rakyat’

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadikan Petronas lebih peka kepada rungutan rakyat khususnya peniaga kecil Bumiputera menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menegaskan dengan pelantikan Abdullah sebagai Penasihat Petronas baharu, bekas perdana menteri itu boleh menggunakan pendekatan berbeza untuk menangkis persepsi umum bahawa entiti kerajaan itu tidak mesra rakyat sejak sekian lama.

“Petronas ini duduk di tempat amat tinggi bagai di ‘syurga’, kadang-kala tidak dengar rungutan rakyat. Mengikut rekod kita, Petronas tidak mesra rakyat dan kurang mendekati peniaga-peniaga terutama peniaga peringkat bawahan.

“Saya harap beliau dapat merakyatkan Petronas yang suatu masa dahulu rata-rata dilihat agak sombong dan tidak membantu.

“Petronas perlu peka seperti Pak Lah sendiri yang mesra rakyat,” katanya kepada Sinar Harian di Karnival Rakyat di Taman Tasik Datuk Keramat, semalam.

Beliau mengulas pelantikan Abdullah yang dikenali sebagai Pak Lah, berkuat kuasa 1 April ini.

Perkara itu dipersetujui Kabinet pada Jumaat lalu, bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sepada 11 Mac lalu.

Nadzim menyambut baik pelantikan Abdullah itu, sambil menyifatkan ia sebagai satu tradisi kepada bekas-bekas perdana menteri untuk menyumbang idea dan manfaat pembangunan negara.

“Ia sesuatu yang baik untuk mengisi tempat dikosongkan untuk menjadi penasihat kepada GLC kerajaan seperti Petronas,” katanya.

Beliau turut menggesa Petronas mengkaji semula program CSR sedia ada dan menyemak polisi pengguna syarikat itu dengan mengambil kira pulangan keuntungan kepada rakyat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");