Sukan Hari Ini

Piala FA Inggeris: Crystal Palace Tempah Tiket Separuh Akhir

CRYSTAL Palace akhirnya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA Inggeris setelah memperoleh dua gol pada saat-saat akhir perlawanan menentang Reading.

Crystal Palace mara dengan skor 2-0 di Stadium Madejski, awal pagi Sabtu.

Walaupun tiada kemenangan dicatatkan dalam 12 pertandingan, pasukan Alan Pardew itu mampu membuktikan bahawa mereka memiliki kualiti untuk tampil bagi merebut gelaran juara Piala FA.

Di awal perlawanan, tidak ada sasaran tepat yang dilakukan kedua-dua pasukan yang masing-masing mencari rentak permainan.

Namun, penyerang Palace Emmanuel Adebayor nyaris memecahkan kebuntuan ketika perlawanan masuk ke minit ke-25, namun bola yang ditanduk berjaya ditepis penjaga gol lawan.

Tidak lama selapas itu, penjaga gol Reading Ali Al-Habsi sekali lagi dipaksa melakukan penyelamatan penting terhadap tendangan bebas yang dilakukan Yohan Cabaye.

Kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama dan berlanjutan pada separuh masa kedua.

Hanya ketika perlawanan berbaki lima minit lagi, berlaku satu insiden di kotak penalti Reading di mana Jake Cooper melakukan perlanggaran dengan menjatuhkan Bolasie. Dihadiahkan dengan sepakan penalti, Cabaye berjaya menjalankan tugasnya menjadikan kedudukan 1-0.

Pada masa kecederaan, Fraizer Campbell, yang baharu diturunkan ke padang, menambah pungutan gol menjadi 2-0.

Palace akhirnya mara ke separuh akhir, sebagai pasukan yang pertama di Wembley dalam tempoh lebih dua dekad.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");