Sukan Hari Ini

Piala FA Inggeris: Seri Di Suku Akhir, United-West Ham Ke Aksi Timbal Balik

MANCHESTER: Anthony Martial memastikan Manchester United terus kekal dalam saingan Piala FA Inggeris apabila pada minit-minit terakhir berjaya menyumbat masuk gol penyamaan dalam perlawanan suku akhir menentang West Ham di Old Trafford, awal pagi Isnin.

West Ham terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-68 apabila Dimitri Payet menyempurnakan sepakan percuma menarik menewaskan penjaga gol United, David De Gea.

Bagaimanapun pada minit ke-83, Martial berjaya mengikat perlawanan ke kedudukan 1-1, sekali gus mengheret perlawanan ke aksi timbal balik yang bakal berlangsung di Boleyn Ground.

Susunan Pemain

Manchester United (4-1-4-1)

De Gea; Varela, Smalling, Blind, Rojo; Carrick; Lingard, Ander Herrera, Fellaini (Schweinsteiger 76), Martial; Rashford (Depay 76)

West Ham (4-3-3)

Randolph; Antonio, Reid (Obiang 62), Ogbonna, Cresswell; Noble, Kouyate, Lanzini; Emenike (Sakho 64), Carroll (Valencia 82), Payet.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");