Sukan Hari Ini

Piala Sultan Azlan Shah dapat penajaan tertinggi

PENGANJURAN Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah tahun ini, mendapat penajaan tertinggi RM2.13 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Piala Sultan Azlan Shah, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff berkata, Yayasan Sultan Azlan Shah menyumbang penajaan terbanyak melibatkan RM300,000.

“Penaja tahun lalu dan tahun ini adalah sama, cuma jumlah penajaan bertambah (berbanding RM1.7 juta tahun lalu),” katanya selepas majlis penyerahan cek penajaan sempena kejohanan itu, yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sebuah hotel di sini, semalam.

Abd Rahim berkata, penganjur akan mengadakan konvoi membawa Piala Sultan Azlan Shah dari Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 4 April sempena edisi ke-25 kali ini.

Beliau turut menaruh harapan tinggi kepada pasukan negara untuk menjuarai piala tersebut kali ini.

“Malaysia tidak pernah menjulang Piala Sultan Azlan Shah. Kejohanan tahun ini juga menjadi tumpuan semua pasukan sebagai persediaan ke Sukan Olimpik di Brazil.

“Pemain pasukan yang menyertai kejohanan ini pasti mahu gunakan peluang di sini untuk menarik perhatian jurulatih mereka supaya mendapat tempat di Olimpik Rio,” katanya.

Tujuh pasukan akan menyertai kejohanan itu yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh dari 6 hingga 16 April depan.

Pasukan tersebut adalah Malaysia, Australia, India, Jepun, Kanada, New Zealand dan Pakistan.

Pasukan negara muncul naib juara 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Australia muncul pasukan terbanyak meraih kejuaraan terbanyak iaitu sebanyak lapan kali.

Edisi lalu, Australia gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas kepada New Zealand 1-3 dalam penentuan penalti. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");