Panasnya Hari Ini

Pinda OSA Supaya Tidak Diperlekeh

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Rahsia Rasmi (OSA) seperti keputusan pemerintah adalah jawapan kepada tindakan sebahagian pihak yang memperlekehkan kerahsiaan sesuatu dokumen kerajaan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau berkata, kerajaan memandang serius terhadap tindakan pihak tertentu yang tidak mempedulikan kerahsiaan sesuatu dokumen kerajaan dan bertindak menyebarkan maklumat berkenaan sewenang-wenangnya.

“Sebab itulah kerajaan nak pinda akta OSA supaya mereka dipertanggungjawabkan dengan maklumat yang diklasifikasikan sebagai OSA, benar-benar faham. Ia juga supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka (individu yang tidak bertanggungjawab) dengan lebih berat.

“Ini memandangkan mereka juga mempunyai perangai endah tak endah dan sesuka hati menyebarkan maklumat (yang tertakluk) di bawah OSA. Itu sebabnya kerajaan bercadang meminda akta OSA,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan dokumen daripada Laporan Ketua Audit Negara keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dirahsiakan dibawah OSA.

Dokumen itu didakwa menunjukkan kaitan antara 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam perkembangan lain, 1MDB telah meminta pihak berkuasa dan Parlimen supaya membuat siasatan terhadap Rafizi yang didakwa berkongsi dokumen yang dirahsiakan dibawah OSA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");