Panasnya Hari Ini
Like

PKR Nafi Sedia Kerjasama Dengan PM

March 14, 2016
92 Views
0 Comments
1 minute read
PKR Nafi Sedia Kerjasama Dengan PM

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan parti itu sama sekali tidak pernah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan perdana menteri.

Azmin turut menegaskan bahawa beliau telah meminta penjelasan daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai isu tersebut.

“Saya minta penjelasan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini, apa yang dikatakan semalam ialah Keadilan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa yang komited untuk melakukan perubahan.

“Tiada nama yang dinyatakan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini memetik sumber Mstar online.

Terdahulu, pihak wartawan cuba untuk menjelaskan kenyataan itu dengan Dr Wan Azizah, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan berlalu pergi.

Pada Ahad lalu, Dr Wan Azizah dilaporkan berkata, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan perdana menteri untuk menyelamatkan Malaysia tetapi dengan syarat-syarat tertentu.

“Kami tidak boleh bekerjasama jika berbuat perkara yang akan membawa kerugian kepada negara dan rakyat malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply