Panasnya Hari Ini

PKR Tidak Tergugat Dengan Blok Pakatan Baharu PAS

KUALA LUMPUR:Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa cadangan PAS untuk membentuk pakatan pembangkang yang baharu tidak membabitkan kerjasama dengan PKR.

Ujarnya cadangan itu juga tidak menggugat kerjasama partinya dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Cadangan menubuhkan pakatan (baharu) oleh PAS itu tidak membabitkan kita (PKR).

“Apa yang direncanakan PAS juga tidak akan ganggu penubuhan Pakatan Harapan. Tiada sebab PKR berasa tergugat kerana PAS tetap pembangkang bukan kerajaan,” katanya memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi cadangan itu tidak akan mengugat parti tersebut berikutan PAS masih pembangkang dan bukannya kerajaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan parti itu akan menubuhkan pakatan pembangkang baharu bersama sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 16 Mac ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");