Panasnya Hari Ini

Platform Deklarasi: Bawa Agenda Bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan dilihat menjadikan ‘Deklarasi Mahathir’ sebagai ruang untuk membawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Bagaimanapun agenda ini tidak terkandung dalam deklarasi rakyat yang ditandatangani oleh lebih 50 pemimpin daripada pelbagai latar belakang pada Jumaat lepas.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda pembebasan itu menjadi agenda utama dalam perhimpunan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia dijangka pada 2 April ini.

“Pakatan Harapan hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama agenda reformasi yang lain,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen,Isnin memetik sumber Bernama.

Jumaat lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai deklarasi rakyat bertujuan untuk penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan perdana menteri.

Turut hadir bekas timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Dr Wan Azizah turut dilaporkan mendakwa Dr Mahathir sebenarnya memerlukan sokongan pembangkang dalam membawa agenda menyingkirkan Najib berbanding persepsi bahawa pembangkang menumpang pengaruh bekas perdana menteri itu.

“Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");