Berita Hari Ini

PNB serah zakat lebih RM6 juta kepada MAIPk

KUALA LUMPUR – Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyampaikan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6.264 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima cek zakat perniagaan itu bagi pihak MAIPk yang diserahkan Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Istana Hinggap Perak di sini hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Hamad Kama Piah ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata zakat perniagaan tahun kewangan 2014 kumpulan PNB itu adalah jumlah zakat perniagaan terkumpul membabitkan anak syarikat PNB.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");