Jenayah

Polis tahan seorang suspek, rampas ganja 1,190 kg

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah dan merampas 1,208 keping ganja seberat 1,190 kilogram di Selangor dan Kedah.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam catatan di akaun Twitter beliau hari ini.

Khalid berkata serbuan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

“Tahniah kepada STING@PDRMsia, serbuan di Subang Jaya dan Merbok, Sungai Petani (Kedah), tahan seorang dan rampas 1,208 keping ganja seberat 1.19 tan (1,190 kg) #GoPDRMGo,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");