Panasnya Hari Ini

Presiden GKCM Dipecat Daripada UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman mengesahkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli UMNO sejak Jumaat lalu.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ketua UMNO Cawangan Telok Kemang, Negeri Sembilan memaklumkan bahawa telah menerima surat berhubung perkara itu daripada ‘orang yang paling berkuasa’ dalam UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya menerima surat daripada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat lalu memaklumkan penyingkiran saya.

“Biar saya beritahu anda Ku Nan, saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap anda. Anda tidak mempunyai hak untuk menyingkir saya kerana anda tidak mempunyai integriti,” katanya ketika berucap pada Kongres Rakyat di Shah Alam, semalam, lapor Free Malaysia Today.

Tegasnya lagi, ahli UMNO sudah berasa menyampah dengan kebodohan pemimpin-pemimpin parti itu dan turut menyatakan tidak takut kehilangan kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");