Panasnya Hari Ini

Presiden IKATAN Yakin Rakyat Tidak Pedulikan Gerakan Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa, gerakan Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang tidak akan dipedulikan oleh rakyat.

Gerakan Selamatkan Malaysia adalah bertujuan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Jelas Abdul Kadir, rakyat di negara ini telah bersuara menerusi wakil rakyat masing-masing di Parlimen masih mahukan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.

“Dua institusi yang relevan dalam isu ini, pertamanya Parlimen. Suara lebih 30 juta rakyat di sana. Keduanya, memandangkan mereka telah memilih Barisan Nasional (sebagai parti pemerintah), siapa ketuanya? Ketua-ketua 14 parti komponen dan UMNO sebulat suara memilih Najib..

“Jadi saya sangat ragu (dengan gerakan Selamatkan Malaysia) tapi biarkan sahaja mereka. Ini saya gelarkan sebagai ‘bunyi-bunyi’ demokrasi,”ujarnya dalam satu wawancara bersama portal berita, Antarapos.

Berikutan itu,beliau meminta agar rakyat tidak bercakap buruk tentang gerakan Selamatkan Malaysia.

“Mereka boleh buat apa sahaja, tapi saya yakin rakyat tidak akan pedulikan mereka. Saya tidak nampak pun ada pergerakan rakyat besar-besaran,”ujarnya.

Katanya lagi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan menerusi pilihan raya.

“Kita dah memilih kerajaan berparlimen. Kita juga telah pilih sistem parti kerajaan.

“Atas semua kontroversi ini, ada yang kata salah, ada yang kata betul, ada yang neutral. Tidak mengapa, itu kita letak tepi kerana ia perbahasan yang panjang.

“Tapi siapa yang akan buat keputusan? Rakyatlah melalui wakil rakyat,”ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");