Panasnya Hari Ini

Presiden PAS Kurang Cerdik Buat Perhitungan Politik- Khairuddin

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan membidas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Beliau mengakui berasa hairan dengan dengan pembacaan serta pendirian politik presiden PAS itu yang dahulunya dikatakan enggan bekerjasama dan menolak UMNO.

“Saya agak hairan sikit dengan pembacaan serta pendirian politik Presiden PAS di dalam menzahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Dulu Hadi Awang tolak mentah-mentah sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO!! Tapi kini di saat imej UMNO berada pada tahap yang paling teruk ditolak oleh rakyat jelata, Hadi tunjuk sikap intim pula dengan UMNO.

Presiden PAS itu juga dakwanya tidak sedar bahawa beliau juga berkemungkinan sedang menurunkan keranda PAS bersama keranda umno ke dalam satu ‘liang lahat’.

“Saya rasa Presiden PAS tidak sedar bahawa beliau juga berkemungkinan sedang nak menurunkan keranda PAS bersama keranda UMNO ke dalam satu liang lahad,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya.

“Dalam masa yang sama, saya amat yakin ramai daripada ahli-ahli akar umbi PAS turut kecewa dengan pendirian presiden parti mereka.

“Realitinya, parti PAS akan menjadi lebih kuat serta imejnya bertambah baik sekiranya parti ini berdiri sendiri di dalam senario politik masakini tanahair kita.

Beliau turut menyifatkan Presiden parti PAS itu tidak cerdik dalam membuat perhitungan mengenai risiko yang bakal mengikiskan populariti PAS pada pilihan raya kelak.

“Pemimpin-pemimpin haprak UMNO dalam masa yang sama sanggup melakukan apa saja untuk memperdayakan PAS bagi menjaminkan perjuangan politik mereka yang sedang berada di tahap kebinasaan masa kini.

“Umno di bawah kepimpinan Najib Tun Razak sudah tidak relevan lagi.. Umno rosak dengan begitu teruk disebabkan parti ini sedang diurus-tadbir oleh terlalu ramai kaki bodek minda lemah otak udang yang tidak berpegang kepada aqidah agama islam yang sebenarnya sebagai landasan utama perjuangan mereka,” catatnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");