Isu Panas

PRN Sarawak: Pas sudah atur strategi

SHAH ALAM – Pas bakal menampilkan strategi tersendiri bagi ‘persembahan’ parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, fokus Pas pada PRN Sarawak adalah dengan menekankan kestabilan politik serta keutamaan kepada penduduk Bumiputera Sarawak.

“Memang betul Pas akan bertanding 11 kerusi pada PRN Sarawak. Kami ada strategi sendiri yang akan diketengahkan dalam PRN Sarawak.

“Apa yang kita mahu di Sarawak adalah keutamaan kepada Bumiputera yang memimpin kerajaan di Sarawak. Pas juga menerima konsep masyarakat majmuk di sana (di Sarawak),” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Pas akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dun Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dun di negeri ini.

Katanya keputusan Pas untuk bertanding di 11 kerusi tersebut juga telah dibincangkan bersama PKR kerana Pas masih mempunyai hubungan dengan parti itu dan tiada perbincangan diadakan dengan DAP.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");