Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: Pas Tidak Berminat Merampas Kuasa

KUALA LUMPUR:Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS lebih berminat untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Sarawak dan bersedia menyokong segala usaha baik yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Bagaimanapun parti itu turut menegaskan akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan dirasakan menekan rakyat.

“Yang pasti, PAS bukan parti pengampu,” katanya pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak – Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak di Kuching, malam tadi memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi, biarpun tetap bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat untuk merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri.

Terdahulu PAS menerusi ‘manifesto’ dinamakan ‘Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak’ yang diumumkan malam tadi, yang memberi keutamaan dalam mempertahankan hak anak negeri serta memelihara hak pelbagai kaum, agama dan budaya.

PAS juga berjanji akan konsisten menuntut royalti 20 peratus minyak dan gas, selain tegas dalam capaian menyeluruh kemudahan asas serta sedia mendengar aduan rakyat.

PAS juga dijangka bertanding 11 kerusi DUN, iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");