Isu Panas

PRN Sarawak: Rundingan PH tamat Mac ini

SHAH ALAM – Proses rundingan kerusi melibatkan parti komponen dalam Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka selesai menjelang akhir bulan ini, lapor Awani.com.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, proses tersebut berjalan lancar antara rakan dalam pakatan dan setakat ini, pihaknya sudah berjaya mengurangkan bilangan pertindihan kerusi antara parti komponen.

“Saya yakin kami akan dapat mencapai persetujuan menjelang akhir bulan ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pertindihan kerusi.

Terdapat 82 kerusi Dun yang akan dipertandingkan dalam PRN Sarawak yang perlu diadakan pada tahun ini.

Sehingga kini, masih tiada notis pembubaran DUN Sarawak yang diperlukan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");