Berita Hari Ini

Produk kreatif perlu sokongan

MELAKA – Produk kreatif yang dihasilkan rakyat negara ini tidak akan berjaya sekiranya tiada sambutan serta sokongan masyarakat untuk terus membelinya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, ketiadaan sokongan rakyat memungkinkan budaya kreatif tidak berkembang.

“Semua pihak memperakui budaya kreatif dalam kalangan masyarakat berkembang subur, disokong oleh sistem pembelajaran dan guru terlatih yang kreatif.

“Bagaimanapun, masyarakat harus berani dan menyokong setiap produk kreatif dihasilkan rakyat tempatan untuk terus berkembang pesat,” katanya selepas merasmikan Arts and Decor Craft Expo di Innocraft Melaka, di sini, semalam.

Ekspo yang berlangsung selama tiga hari hingga esok menghimpunkan seramai 37 pengusaha produk kreatif dari seluruh negara termasuk hasil tembikar, seramik, tembaga, piuter, kayu, batik, songket dan tenunan.

Sementara itu, Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu turut memuji produk kreatif dihasilkan pengusaha tempatan termasuk pelajar, golongan kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta banduan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");