Berita Hari Ini

Projek EDTP mula hujung tahun ini

BATU PAHAT – Projek Landasan Keretapi Elektrik Berkembar (EDTP) dari Gemas ke Johor Bahru sejauh dijangka akan bermula pada hujung tahun ini, setelah pembinaannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada minggu lalu.

Kos untuk membina jajaran landasan berkembar berkenaan yang dijangka menelan belanja kira-kira RM7 bilion dan tempoh masa untuk menyiapkannya pula antara tiga hingga lima tahun.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, apabila siap kelak ia akan mampu meningkatkan sehingga 10 peratus penggunaan keretapi berkenaan berbanding yang sedia ada sekarang ini.

Katanya, jajaran landasan berkenaan yang membabitkan jarak sepanjang 197 kilometer dan menaiktaraf 11 stesyen itu kini boleh dilaksanakan, apabila proses mengambil alih tanah telah selesai sepenuhnya.

“Ini adalah hadiah untuk rakyat dan negeri Johor, di mana pembinaannya juga akan memudahkan serta memodenkan pengangkutan rel di selatan tanah air ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Surau al-Ikhwan, Taman Pura Kencana, Sri Gading, sebentar tadi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");