Panasnya Hari Ini

Proton Kembali ke Pasaran Chile Selepas 18 tahun

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Berhad (PROTON) kini memasuki semula pasaran Chile selepas penjualan kereta Proton Wira terakhirnya ke negara itu pada tahun 1998.

Pada tahun ini, PROTON menyasarkan untuk menghantar sebanyak 1,000 unit kereta untuk dijual di negara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, untuk kumpulan pertama, PROTON telah menghantar 50 unit Proton Preve dengan pemanduan di sebelah kiri ( LHD) yang dijangka akan tiba di San Antonio.

Ujarnya, kereta-kereta berkenaan akan dijual melalui Andes Motor iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Kaufmann yang juga merupakan wakil pengedar dari Chile.

Syarikat tersebut telah menandatangi perjanjian pengedaran bersama PROTON pada 1 Julai 2015 yang lalu.

“Kami merancang untuk memasuki semula pasaran Chile selepas Perjanjian Bebas Perdagangan (Free Trade Agreement, FTA) Malaysia-Chile ditandatangani pada 25 Februari 2012.

“PROTON ditawarkan pengecualian 6% duti import dan kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia bagi inisiatif perdagangan ini,” katanya.

Beliau berkata, pengecualian berkenaan membuka peluang kepada pihaknya mengenalpasti pasaran yang sesuai bagi pemanduan di sebelah kiri (LHD) untuk kereta-kereta keluaran PROTON.

????????????????????????????????????

Tegasnya, selain daripada Prevé, dua model kereta PROTON yang lain iaitu Exora dan Saga juga merupakan antara kereta yang akan dipasarkan di sekitar bandar utama seperti di Santiago, Concepcion Vina La Serena, Antofagasta dan Valdivia Temuco Osorno.

“Kami berasa amat teruja untuk memasuki pasaran Chile kerana sebelum ini PROTON telah berjaya menjual hampir 3,000 unit kereta dari tahun 1994 sehinggalah tahun 1998.

“Kini, kami mempunyai rakan kongsi baru yang merupakan sebuah pengedar utama bagi pelbagai kenderaan jenis bas, lori dan kereta mewah dengan rangkaian pasaran yang luas untuk menyediakan dan menguruskan jualan dan perkhidmatan selepas jualan,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, PROTON merupakan jenama kereta pertama yang mana syarikat Kaufmann akan pasarkan di pasaran massa, dengan jumlah penduduk Chile sebanyak 17.6 juta dan pasaran industri keseluruhan berjumlah kira-kira 330,000 kereta.

“Ini merupakan antara peluang keemasan bagi PROTON untuk meningkatkan pengeluaran kereta, meluaskan penjualan dan mengembangkan kewujudan PROTON di pasaran,” ujar Abdul Harith.

Beliau juga yakin bahawa langkah tersebut adalah permulaan bagi PROTON untuk memasuki pasaran global, lebih-lebih lagi apabila pihaknya berjaya melengkapkan program enjin Proton terbaharu yang akan digunapakai bersesuaian mengikut standard dan peraturan-peraturan ketat negara-negara Eropah.

“Kami akan terus membangunkan kereta-kereta yang berkualiti dan melakukan penambahbaikan berterusan bagi produk-produk keluaran PROTON agar kita tidak hanya berjaya di pasaran negara sendiri malah meningkatkan penerimaan di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Pelancaran bagi penjualan Prevé dan Exora di Chile merupakan sasaran utama syarikat bagi Mei 2016 diikuti dengan penjualan Saga pada November 2016.

Selain itu, antara model yang turut akan memasuki pasaran Chile adalah Prevé 1.6 Standard MT, Prevé 1.6 Executive MT dan Prevé 1.6 Premium CVT. Manakala, bagi model Exora pula adalah 1.6 Standard CVT dan Exora 1.6 Premium CVT.

Sementara itu, pada November 2016, Saga FLX 1.6 Standard MT dan Saga FLX 1.6 Premium MT dijangka akan mula memasuki pasaran pertamanya di Chile.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");