Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Purdah Che Ta Dikecam

KUALA LUMPUR:Menjadi lumrah kehidupan anak seni, apabila setiap tindak- tanduk, perlakuan malah percakapan menjadi bahan tumpuan ramai pihak.

Begitu juga dengan pelakon Rozita Che Wan turut menerima teguran dan kritikan netizen apabila beliau memuat naik gambar difahamkan sebelum beliau pergi mengerjakan umrah dengan mengenakan purdah yang jarang.

Kebanyakan netizen mengatakan bahawa pemakaian purdah Che Ta itu hanya semata-mata untuk berfesyen.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, pemakaian purdah itu menjadi viral apabila Che Ta memuat naik gambar berpurdah menerusi laman Instagramnya.

Purdah yang digayakan Che Ta dikatakan kelihatan agak berbeza dan lari daripada tujuan sebenar pemakaian purdah.

Berikutan itu, terdapat segelintir netizen telah menyamakan purdah yang di pakai pelakon itu dengan ‘spender french lace’ dan ‘spender roti jala’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");