Berita Hari Ini

Pusat sehenti ibu tunggal

JOHOR BAHRU – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berhasrat mewujudkan pusat sehenti bagi ibu tunggal di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pusat sehenti itu bakal diwujudkan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ibu tunggal.

Menurutnya, ia sebagai salah satu langkah memastikan ibu tunggal di luar bandar mendapat akses mendaftar dan memperoleh perkhidmatan bagi golongan berkenaan.

“Saya akan bawa kepada perhatian pengurusan tertinggi kementerian untuk mewujudkan pusat sehenti di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh negara khusus bagi ibu tunggal.

“Ia sebagai salah satu inisiatif mewujudkan aksesbiliti kepada ibu tunggal terutama yang ingin mendaftar dan mengutarakan soalan bagi mendapatkan perkhidmatan berkaitan ibu tunggal,” katanya kepada pemberita pada sidang media Roadshow Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Selatan 2016, di sini, semalam.

Selain itu, Azizah berkata, sehingga bulan ini, pengkalan data ibu tinggal yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita merekodkan seramai 83,775 orang telah mendaftar di seluruh negara.

“Saya mohon agar semua persatuan ibu tunggal dan pihak berkepentingan lebih fokus membantu memastikan ibu tunggal mendaftar melalui portal MyWanita atau datang sahaja ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri.

“Ia bertujuan memantapkan lagi pengkalan data ibu tunggal sedia ada,” katanya.

Selepas Johor, roadshow berkenaan akan menjelajah ke Pahang dan diakhiri di Sabah pada penghujung bulan ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");