Jenayah

Pusat tahfiz terbakar

Selayang: Pusat tahfiz di Jalan Bukit Idaman 8, Bukit Idaman, di sini, terbakar, 7 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran di aras dua bangunan tiga tingkat itu.

Menurutnya, bomba menerima panggilan awam sebelum tiba pada 7.08 pagi dan berjaya mengawal kebakaran 15 minit kemudian.

“Punca kebakaran masih lagi disiasat,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian, tiada sesiapa di pusat tahfiz itu.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");