Panasnya Hari Ini

Rafizi Gesa Najib Pujuk Arab Saudi Tambah Kuota Haji

KUALA LUMPUR: Bagi memendekkan tempoh menunggu giliran untuk menunaikan fardhu haji, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memujuk kerajaan Arab Saudi untuk memberi kuota haji sehingga 50,000 setahun.

Katanya lagi, ini berikutan Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan keluarga Arab Saudi sehingga menerima derma sebanyak RM2.6 bilion.

Free Malaysia Today melaporkan, Rafizi turut berkata jumlah kuota terkini untuk rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji hanyalah 0.1 peratus sahaja di mana hanya 30,000 rakyat di negara ini yang layak untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Ini bermakna, kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia adalah 30,000 setahun. Malah sejak beberapa tahun lalu, kuota haji Malaysia adalah sekitar 22,000 setahun.

“Pada angka ini dan jumlah bakal haji seramai 2.023 juta secara purata seorang bakal haji memang perlu menunggu diantara 40 hingga 70 tahun untuk menunaikan haji,”ujarnya.

Rafizi turut yakin bahawa Arab Saudi boleh memberikan pertambahan kuota haji bagi rakyat Malaysia memandangkan keluarga Diraja Arab Saudi sudi menderma wang sebanyak RM2.6 bilion.

“Jika keluarga Diraja Saudi boleh mendermakan RM2.6 bilion kepada beliau, saya yakin beliau begitu rapat dengan keluarga tersebut dan boleh mendapatkan pertambahan kuota haji bagi rakyat Malaysia,”katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir berkata, pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka akan hilang giliran menunaikan fardhu haji sehingga 70 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");