Panasnya Hari Ini

Ramai Ahli PAS Sertai PAN, Hanya Provokasi- Idris Ahmad

KUALA LUMPUR:PAS menyatakan keyakinannya bahawa parti itu mampu menambah jumlah keahlian penyokongnya walaupun bergerak secara solo.

Malah barisan kepimpinan parti itu dikatakan akan terus mengadakan ceramah bertemu rakyat sebagaimana kebiasaan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata demikian dalam ceramah yang diadakan di Tapak Pasar Malam Taman Setia, Klang malam tadi turut menegaskan bahawa parti itu enggan berbicara mengenai parti Amanah Negara (PAN) dan hanya memberi perhatian terhadap perkara semasa.

“Kami tak mahu bercakap tentang PAN sebab kedatangan kami bukanlah untuk memburukkan orang lain selain berceramah tentang hal-hal semasa.

“Kalau ada yang kata sokongan terhadap Pas telah semakin menurun kerana menyertai parti lain, itu hak merekalah asalkan perjuangan kami sebagai parti yang mempertahankan Islam dapat diteruskan,” katanya memetik sumber MalaysiaGazette.

Terdahulu dilaporkan, beberapa pemimpin PAN mendakwa ahli-ahli Pas telah ramai meninggalkan parti itu kerana ingin menyertai PAN yang dilihat lebih menyakinkan.

Mengulas mengenai dakwaan itu ia hanyalah provokasi yang turut disifatkan untuk melemahkan minda orang ramai.

“Apa yang pasti, sama ada rakyat suka atau tidak, sambutan rakyat untuk hadir ke ceramah yang dianjurkan tetap ramai walaupun diadakan di kawasan yang kononnya menjadi milik PAN,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");