Sukan Hari Ini

Real Madrid Tidak Akan Jual Ronaldo – Zinedine Zidane

ZINEDINE Zidane mengakui tidak berminat untuk menjual Cristiano Ronaldo penghujung musim ini.

“Tidak pernah terlintas untuk menjualnya. Saya jurulatih dan saya mahukan dia,” jelas Zidane.

“Ia bukan soalan berkaitan pemain, ia lebih kepada kehendak peminat yang inginkan daripada pemain-pemain dan ia sebenarnya bagus agar mereka sentiasa akan mempamerkan aksi terbaik.

“Peminat-peminat sangat menyayangi pemain kesukaan mereka dan ia sangat penting.

“Stadium sentiasa penuh dan amat bermakna kepada kami,” jelasnya menjelang perlawanan pusingan kedua kelompok 16 pasukan bertemu Roma.

Real Madrid mencatat kelebihan 2-0 pada aksi pertama tiga minggu lalu.

Zidane berkata, Real Madrid akan bermain untuk menang berbanding dengan mempertahankan keputusan dua jaringan itu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");