Panasnya Hari Ini

#RespectMyPM”: Kempen Pertahan Najib Dapat Sambutan

KUALA LUMPUR:Kempen dalam talian bagi mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna media sosial sejak akhir-akhir ini.

Ia adalah satu bukti dan usaha untuk memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri itu yang kini berhadapan dengan pelbagai serangan serta tomahan daripada pengkritiknya.

Di Facebook, kempen yang dikenali sebagai “#RespectMyPM” antara medium digunakan oleh orang ramai tampil memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Pengendali akaun tersebut telah memuat naik poster  tersebut disertakan dengan kata-kata … #RespectMyPM”.

Turut kelihatan, poster Jalur Gemilang, dan poster dengan gambar bendera mewakili setiap negeri yang memberikan peluang kepada penyokong dari negeri-negeri yang berbeza berkongsi poster berkenaan di laman sosial masing-masing.

Terdapat juga pengguna media sosial menjadikan poster tersebut bagi menggantikan gambar profil mereka.

Difahamkan kempen berkenaan telah bermula sejak beberapa minggu yang lalu dan kini dipergiatkan lagi selepas penganjuran deklarasi untuk ‘Selamatkan Malaysia’ ditandatangani pada Jumaat lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");