Membawang Hari Ini

Rezeki lepas bercerai

Seorang bercerai mendapat bayaran mutaah RM30 juta, seorang lagi bercerai dapat anak. Itu antara berita menarik di akhbar pada Jumaat lalu dan masing-masing dengan rezeki mereka selepas dilepaskan atau bercerai dengan pasangan mereka.

Seorang kisah kakak penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid dan seorang lagi mengenai penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.

Melihat angka RM30 juta itu tentulah membuatkan ramai terbeliak mata dan menyifatkan tuah Shahnaz Abdul Majid menjadi jutawan segera. Malah ia juga menjadi kes perceraian yang menjadi perhatian dan paling mahal di Malaysia.

Berbeza dengan Elly, kisah perceraiannya tidak diketahui umum dan tentunya berita yang disiarkan itu sangat me­ngejutkan. Mana tidaknya, ia dimaklumkan Elly sehari selepas berita gembira kelahiran anak perempuannya.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, mengesahkan bercerai talak satu dengan suami, Azmi Hatta dan lafaz cerai dibuat Azmi tahun lalu. Bagaimanapun memandangkan ketika itu Elly hamil, tidak jatuh talak hinggalah dia melahirkan.

Itulah sebabnya sehari selepas berkongsi berita gembira kelahiran anak, Elly juga menjelaskan status dirinya supaya tidak timbul kekeliruan mengenai hubungannya dengan Azmi.

Bagaimanapun, Elly enggan berkongsi cerita lanjut mengenai perceraiannya. Penyanyi yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu seboleh-bolehnya mahu menjaga aib bekas suami.

Katanya, dia masih menghormatinya sebagai bekas suami serta menjaga hubungan dengan keluarga bekas mentua demi anak. Prinsip Elly, kalau dia menjaga aib bekas suami dia percaya Allah juga menjaga aibnya.

Ternyata Elly yang mula dikenali sebagai penyanyi pada 1997 dan menghasilkan empat album kemudian jadi pelakon apabila dilamar Datuk Yusof Haslam membintangi siri Gerak Khas, tidak suka menjaja cerita peribadi.

Sejak menceburi dunia seni pada usia belasan tahun, Elly dikenali sebagai artis merendah diri, menjaga adab sopan, tutur katanya lembut dengan ayat tersusun. Malah sebagai selebriti, dia tidak terpalit kontroversi dengan isu penampilan atau gosip liar.

Hubungan dengan Azmi menjadi perhatian hingga timbul pelbagai spekulasi tetapi Elly mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan saja gosip mengenai dirinya diperkatakan.

Sebelum sah bergelar isteri, Elly tabah menempuh pelbagai dugaan apabila pelbagai cerita timbul mengenai pertuna­ngannya dengan pengarah drama dan filem itu. Mereka bertunang pada 29 Mei 2011 dan berkahwin pada 9 November 2014 selepas tiga tahun bertunang.

Tidak banyak cerita mengenai kisah rumah tangganya dan pada Disember tahun lalu, Elly berkongsi berita kehamilannya sempena ulang tahunnya pada 17 Disember.

Usia kandungannya ketika itu enam bulan dan mengatakan tidak mahu berkongsi dari awal kerana mengambil iktibar dari kegugurannya sebelum ini.

Ketika itu kandungannya baru berusia lapan minggu dan Elly berkongsi berita kehamilannya di laman sosial Instagram.

Tentunya tidak mudah buat Elly melangkah ke bilik bersalin mengenangkan status dirinya ketika itu tetapi nyata Elly seorang yang cukup tabah.

Sukar untuk membayangkan perasaan dirinya setiap kali menatap wajah comelnya bayi perempuannya. Untuk Elly, anggaplah anakmu itu satu anugerah yang tidak ternilai Allah dan kecapilah kemanisan menjadi ibu seterusnya melaksanakan tanggungjawab lebih besar membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");