Isu Panas

SAMM: Kenapa tidak lawan Najib, Tun M?

SHAH ALAM – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan tindakan pakatan pembangkang yang bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, pada PRU13, semua pihak terlibat melawan Najib yang disokong Tun Mahathir.

“Namun, apabila dua sosok ini berseteru di atas kepentingan menjarah tanahair, apakah kita terpaksa atau dipaksa memilih untuk menyokong salah satu antara mereka? Mengapa jika lawan Mahathir diiktiraf pula sebagai menyokong Najib?

“Tidak bolehkah kita ambil keputusan bersama untuk lawan kedua-dua belah pihak ini? Kerana kita nampak jelas di satu pihak ingin mengukuh kedudukkan dan terus berkuasa.

“Manakala sebelah pihak lagi pernah lebih teruk merosakkan negara menjadi punca apa yang berlaku hari ini malah merosakkan nama keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berpendapat semua pihak harus berada dalam blok rakyat tanpa kompromi.

Beliau juga mendakwa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong Deklarasi Rakyat berkenaan.

“Kenyataan Anwar sehari sebelum deklarasi tersebut diisytihar Mahathir telah dimanipulasi dan sengaja disalah tafsir oleh pihak yang terdesak menagih sokongan ramai sokong terhadap Mahathir, sedangkan yang menyokong hanya pemain politik opportunis.

“Kenyataan Anwar yang dimanipulasi itu mempunyai kesan tersendiri, bukan hanya rakyat yang mengharap perlawanan dari Anwar telah mengubah sikap menyokong Mahathir, malah ramai pemain politik terperangkap,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");