Isu Panas

Saran pecat ahli, pemimpin belot

IPOH – Majlis Tertinggi Umno didesak memecat mana-mana ahli dan pemimpin yang belot terhadap parti dengan bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan presiden.

Ketua Umno Bahagian Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, ahli parti khususnya pemimpin Umno perlu berpegang teguh kepada perlembagaan parti dan bukan menggunakan emosi.

“Kekuatan sesebuah parti adalah institusi presiden. Jatuh ketua maka robohlah banteng ahli. Ahli Umno tidak boleh benarkan perkara ini berlaku,” katanya.

Mohd Azhar berkata, pihaknya sedih melihat bekas presiden Umno dan bekas pemimpin tinggi BN serta bekas penjawat awam yang pernah mendokong dasar kerajaan sewaktu berkhidmat duduk bersama-sama musuh parti untuk melihat Umno diperlekehkan.

Katanya, lebih menyedihkan, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Kedah turut sama terlibat dalam usaha menjatuhkan presiden parti, sedangkan mereka masih ahli Umno.

Beliau berkata, Umno Bahagian Teluk Intan mengutuk keras tindakan biadap bekas pemimpin dan ahli Umno yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu kerana ia merosakkan imej parti.

“Kita mendesak MT (Majlis Tertinggi Umno) agar adakan segera mesyuarat dan memecat ahli yang belot dalam perjuangan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");