Panasnya Hari Ini

‘Saya Berhak Tahu, Itu Bukan Komplot!’

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakannya untuk ‘mengambil tahu’ tentang apa yang berlaku di dalam UMNO dan negara kerana beliau merupakan orang nombor dua di dalam parti dan kerajaan.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah menerima taklimat oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan ‘bukti’ jenayah melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika masing-masing memegang jawatan di dalam kerajaan.

“Saya berhak tahu. Itu bukan komplot,”tegasnya dalam satu wawancara beliau bersama portal berita, MalaysiaKini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas turut berkata, perkara tersebut tidak boleh dianggap sebagai satu komplot kerana beliau tidak mempunyai sebarang kuasa bertindak seperti pihak penguatkuasaan dalam negara.

“Mereka ini orang pegawai kanan dalam kerajaan, mana saya boleh berkomplot, bincang secara sulit, rahsia. Tak ada. Cuma mereka maklum kerana mereka fikir saya harus tahu,”ujarnya.

Muhyiddin juga berkata, beliau tidak lagi bertemu dengan Abdul Gani selepas pertemuan tersebut.

Selain itu, beliau turut menyifatkan dakwaan yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman sebagai ‘tiada isi’.

Terdahulu, Azalina mendakwa bahawa Muhyiddin terlibat di dalam komplot untuk menjatuhkan Najib.

Azalina juga berkata, Muhyiddin bukan sahaja telah melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga bersubahat dalam konspirasi untuk menyalahgunakan sistem perundangan bagi menjatuhkan Najib

“Tak ada, tak ada (komplot). Tak jatuh pun Najib.

“Tak ada komplot. Dia (Azalina) cakap, orang kata, tak tahu cakap melalui hidung dia ke, telinga dia? Minta maaflah cakap begitu,”sindirnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");