Membawang Hari Ini

‘Saya cinta kamu!’

Lebih 1,000 peminat pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho sanggup menunggu selama tiga jam semata-mata mahu bertemu selebriti itu di pekarangan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, petang Jumaat lalu.

Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 6 petang itu juga tidak mematahkan semangat peminat untuk terus menunggu ketibaan Min Ho di depan pintu utama pusat beli-belah berkenaan.

Min Ho, 29, berada di ibu kota untuk majlis pelancaran francais restoran makanan Korea Selatan, KyoChon di Pavilion.

Walaupun kemunculan bintang drama bersiri The Heirs itu singkat, usaha Min Ho mengucap ‘selamat datang’ dan ‘apa khabar’ cukup istimewa buat peminatnya.

Dalam ucapan ring­kasnya, penyanyi dan model itu turut memuji sikap rakyat Malaysia yang peramah membuatkan dia tidak jemu berkunjung ke negara ini.

“Terima kasih kepada peminat kerana sanggup berdiri dalam hujan untuk memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Ujar pelakon itu lagi, dia ingin kembali ke Malaysia sebagai pelancong untuk melawat tempat menarik di negara ini.

“Sudah tentu saya akan kembali ke Malaysia dan saya cinta kamu,” katanya dan disambut jeritan daripada peminat setianya.

Pada majlis itu, seramai 15 peminat bertuah yang juga pemenang peraduan KyoChon di Facebook turut menerima cenderahati daripada Min Ho.

Ini kali keenam Min Ho datang ke Malaysia dan kali terakhir adalah untuk pelancaran portal membeli-belah dalam talian 11street di Nu Sentral Kuala Lumpur, tahun lalu.

Min Ho terkenal menerusi drama bersiri popular Boys Over Flowers baru saja selesai penggambaran filem aksi komedi Bounty Hunter yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");