Panasnya Hari Ini

“Saya Juga Seorang ‘Diktator’ Sebelum Ini”-Tun M

KUALA LUMPUR:Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau seorang ‘diktator’ semasa era pemerintahannya 22 tahun lalu dan menegaskan bahawa beliau berasa bersalah kerana menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kongres “Selamatkan Malaysia” di sini pada Ahad memetik sumber Mstar online.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa tidak kira siapa yang bakal menggantikan Najib, mereka akan mengetahui apa yang berlaku jika mereka menyalahgunakan kuasa.

“Mereka boleh melakukan apa yang saya lakukan, saya juga seorang diktator sebelum ini, tetapi ia tidak mengapa. Rakyat tidak mengadakan demonstrasi seperti ini terhadap saya sebelum ini,” katanya.

Tambah Mahathir lagi,beliau tidak bersalah sepenuhnya di atas kerosakan yang dilakukan kepimpinan pada hari ini.

Katanya lagi, kesilapan bermula apabila Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak mencadangkan beliau kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn sebagai pengganti.

“Kesilapan bermula dengan Tun Razak mencadangkan saya kepada Tun Hussein dan kemudian Tun Hussein memilih saya sebagai timbalannya. Dan saya dilantik sebagai perdana menteri.

“Sebagai seorang perdana menteri, saya harus memilih timbalan saya. Ia adalah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) diikuti Tun Abdullah Badawi.

“Saya bertanggungjawab kerana meminta Tun Abdullah melantik Najib, jadi bukan sahaja saya. Banyak individu terlibat dalam memilih beliau. Jadi ia kesilapan saya dan juga orang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");