Panasnya Hari Ini

SCKLM 2016 Kembali

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin menyertai Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) 2016 boleh mendaftarkan diri bermula 15 Mac hadapan.

Penganjuran SCKLM yang memasuki tahun kelapan penganjurannya ini akan berlangsung pada 7 Ogos 2016 bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Pengarah Dirigo Events, Rainer Biemans berkata, SCKLM pada tahun ini akan menggunakan sistem pendaftaran berperingkat bagi memudahkan proses pendaftaran peserta selain daripada mengurangkan kesesakan akses pengguna ke laman web tersebut.

“Disamping itu, peserta SCKLM 2015 akan diberi keutamaan bagi menyertai maraton pada tahun ini berikutan keadaan berjerebu pada penganjuran tahun lalu.

“Selain daripada sistem pendaftaran berperingkat yang diperkenalkan, waktu ‘cut-off’ rasmi telah dilanjutkan kepada tujuh jam bagi mengurangkan kesesakan laluan. Sistem pemeriksaan di setiap ‘checkpoint’ seperti yang diamalkan maraton peringkat antarabangsa juga akan turut diperkenalkan,”ujarnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ujar penganjur lagi, antara inisiatif lain yang dijangka menarik perhatian ramai ialah ‘Friendship Run’ dan ‘Pasta Party’ pada malam perlumbaan dan ianya hanya dibuka kepada peserta maraton sahaja dimana tujuannya adalah untuk memupuk semangat setiakawan dalam kalangan peserta dari seluruh dunia.

“SCKLM telah mendapat perhatian daripada peserta seluruh dunia di mana ianya telah berjaya menarik beribu-ribu peserta tempatan dan antarabangsa untuk melihat lokasi-lokasi menarik dan bersejarah di bandaraya Kuala Lumpur.

“Kami berharap, dengan penambahbaikan ini bukan sahaja akan meningkatkan jumlah dan pengalaman peserta, tetapi dapat menaikkan semangat persaingan dalam kalangan peserta,”ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Mahendra Gurhasani berkata, pihaknya amat berbangga apabila dapat menaja aktiviti tersebut bukan sekian kalinya.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat dengan lebih lanjut berkenaan penganjuran SCKLM 2016, boleh layari ke laman web, www.kl-marathon.com, atau laman Facebook http://www.facebook.com/SCKLmarathon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");