Panasnya Hari Ini

Sedia Terima Tindakan -Mukhriz

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang keputusan dan tindakan susulan daripada tindakannya yang dikatakan bersekongkol dengan pembangkang dengan menandatangani Deklarasi Rakyat.

Namun begitu, tegasnya, tindakan tersebut seharusnya mengikut perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi (MT) perlu adil dan beliau menyerahkan keputusan untuk mengambil tindakan terhadapnya kepada MT.

“Terpulang, jika MT ingin usulkan demikian, tetapi biarlah mengikut peraturan.

“Kalau untuk sesetengah orang boleh ikut peraturan, kenapa tidak kepada orang lain, nampak sangat ketidakadilan yang berlaku dalam pengurusan parti,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, Mukhriz merupakan salah seorang daripada 58 orang yang terdiri daripada bekas pemimpin kerajaan, pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menandatangani satu deklarasi menuntut agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Deklarasi Rakyat itu telah diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");