Panasnya Hari Ini

Selangor Bakal Hadapi Bekalan Air Kritikal 2017-2019 – Azmin

KUALA LUMPUR: Selangor dijangka menghadapi krisis bekalan air yang kritikal bagi tempoh 2017 hingga 2019.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia berpunca daripada kelewatan pelaksanaan Projek Langat 2 yang sebelum ini dijangkakan siap pada tahun 2017.

Tambahnya, projek berkenaan hanya dapat disempurnakan dalam jangka waktu yang akan dimaklumkan pada tahun 2019.

“Maka, tempoh 2017 hingga 2019 ini boleh diklasifikasi sebagai fasa kritikal sumber air di Selangor,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan Projek Bekalan Air Mitigasi 2, lapor Free Malaysia Today.

Oleh sebab demikian, ujarnya lagi, pihaknya terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk membina dua loji rawatan lain iaitu di Labohan Dagang dan Semenyih.

Katanya, kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan dua loji tersebut yang berjumlah hampir RM800 juta.

Azmin berkata, loji berkenaan akan dibina bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pertengahan 2017.

“Kita percaya dengan siapnya dua loji rawatan ini, akan dapat menampung permintaan air terawat dalam tempoh yang kritikal ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");