Perak Hari Ini

Sembilan Kategori Konvensyen PROTUNe Peringkat Kebangsaan 2015 Jadi Tumpuan

IPOH: Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan di dalam Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Kebangsaan 2015 yang diadakan di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini selama tiga hari bermula pada 11 Mac hingga 13 Mac 2016.

Sembilan kategori tersebut ialah Anugerah Laporan Syarikat Terbaik Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Produk Terbaik, Anugerah Perkhidmatan Terbaik, Anugerah ‘Booths’ Terbaik dan Pertandingan Catur Bistari.

Turut dipertandingkan ialah Anugerah Syarikat PROTUNe Keseluruhan Terbaik, Anugerah Guru Pembimbing Terbaik dan Anugerah Khas PROTUNe.

Timbalan Ketua Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Sayed Shariffuddin Sayed Shamsuddin berkata, PROTUNe merupakan program yang dianjurkan setiap tahun merupakan satu program penjenamaan semula daripada Program Usahawan Muda (PUM).

10

Ujarnya lagi, program tersebut melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan di dalam bidang keusahawanan.

“Kita bermatlamat bagi menggalakkan pelajar-pelajar yang dipilih di setiap negeri untuk terlibat di dalam program keusahawanan.

“Pada hari ini, 13 buah negeri akan menghantar enam buah sekolah untuk bertanding di dalam enam kategori yang melibatkan pelajar sekitar 468 orang.

“Tetapi bagaimanapun, ada sekolah yang menyertai dua kategori yang dipertandingkan,”ujarnya ketika ditemui media, tengah hari tadi.

6

Mengulas mengenai PROTUNe, beliau berkata, para pelajar dibimbing oleh guru-guru berkaitan syarikat-syarikat yang ingin dibuka.

“Program ini berjalan selama 10 bulan sahaja dimana mereka dibimbing bagaimana hendak membuka syarikat, tutup syarikat, melantik ahli lembaga pengarah syarikat dan sebagainya.

“Di sini, mereka akan mempamerkan serta mempersembahkan produk dan perkhidmatan mereka dan akan diadili oleh juri.

“Mereka akan dinilai oleh juri-juri daripada kalangan agensi-agensi yang kita bekerjasama seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), MARA, SME Corp dan beberapa agensi lain,”ujarnya.

2

Mengulas lanjut, penyelaras bagi setiap negeri melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri masing-masing, manakala guru-guru pula dilantik selaku pembimbing.

Katanya, guru-guru pembimbing juga turut menerima latihan daripada agensi-agensi bagi membantu guru-guru yang kurang berpengalaman di dalam bidang keusahawanan.

Anugerah akan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan pada Malam Kemuncak Konvensyen PROTUNe Peringkat Kebangsaan 2015 yang akan berlangsung esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");