Panasnya Hari Ini

Senarai Pengganti Zeti Diserahkan Kepada Putrajaya

KUALA LUMPUR: Senarai pengganti Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada bulan hadapan telah diserahkan kepada Putrajaya untuk dipertimbangkan.

Zeti ketika ditemui media berkata, Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia telah mencadangkan beberapa nama kepada Putrajaya bagi menggantikan tempat beliau.

Katanya lagi, keputusan akan dibuat oleh Putrajaya sebelum nama tersebut diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

“Bank sudah membuat cadangannya, iaitu jawatankuasa pentadbiran lembaga pengarah kami yang terdiri daripada pengarah bebas.

“Mereka sudah menyerahkan cadangan itu dan kerajaan akan membuat satu keputusan dan mengemukakannya kepada Agong,”ujarnya, memetik laporan The Malaysian Insider.

Di antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Zeti ialah dua orang timbalannya, Datuk Mohamed Ibrahim dan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Antara nama lain ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Zeti yang telah berkhidmat di bawah lima menteri kewangan dan tiga Perdana Menteri, ketika ditanya tentang pilihan di antara empat nama tersebut, beliau meminta agar semua pihak bersabar untuk mengetahui penggantinya.

“Bersabarlah. (Ia akan diketahui) tak lama lagi,”ujarnya.

Terdahulu, Zeti berkata, Bank Negara sedang menyaring nama penggantinya dan individu tersebut mestilah bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Dalam masa yang sama, Zeti dengan tegas enggan mengulas sebarang kes yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa terutamanya tentang siasatan yang melibatkan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");