Panasnya Hari Ini

Senaraikan Nama Pesara Tentera atau Disaman – LTAT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dicabar dan diminta untuk menyenaraikan nama veteran askar pencen yang masih belum menerima pembayaran gratuiti seperti yang didakwanya sebelum ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, pihaknya akan mengemukakan saman terhadap Rafizi sekiranya beliau gagal menyenaraikan nama tersebut dalam tempoh yang diberikan iaitu sehingga 31 Mac 2016.

Tegasnya, beliau mahu Rafizi membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan sejak dua minggu lalu dengan menyenaraikan butiran-butiran kakitangan askar pencen yang belum terima ganjaran mereka.

“Kenyataan Rafizi itu dianggap sebagai menghasut dan telah memberi impak yang buruk dan merosakkan nama baik dan kepercayaan terhadap LTAT,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu, lapor Free Malaysia Today.

Jelasnya, pembayaran gratuiti telah dibuat oleh Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dalam tempoh 24 jam setelah proses permohonan anggota yang layak, diluluskan.

“Kami ingin tegaskan bahawa semua bayaran kepada kakitangan tentera yang bersara dalam tempoh 24 jam oleh LTAT setelah menerima dokumen-dokumen yang telah diluluskan,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa kira-kira 1,200 anggota tentera yang tamat perkhidmatan masih belum menerima bayaran gratuiti itu walapun selepas enam bulan bersara.

Rafizi dilaporkan berkata, keupayaan LTAT membayar gratuiti terjejas kerana kelewatan pembayaran oleh 1MDB kepada sebuah anak syarikat LTAT iaitu Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) untuk projek pemindahan Pangkalan Udara di Sungai Besi berjumlah RM396.41 juta setakat September tahun lalu.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");