Jenayah

Seorang maut, tiga cedera kereta jatuh gaung

ALOR SETAR – Seorang wanita maut manakala tiga anggota keluarganya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Tanjung Jaga, Yan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, kejadian berlaku jam 5.15 petang ketika empat sekeluarga itu, yang menaiki Perodua Viva, dalam perjalanan pulang ke Merbok, Sungai Petani selepas menghadiri kenduri di Bukit Besar, Kulim.

Mangsa yang maut ialah penumpang kereta Aishah Man, 72, manakala pemandu yang juga anak Aishah, Zainol Ahmad, 46, serta isterinya Siti Hajjar Abdul Rashid, 36, mengalami cedera parah.

Anak saudara kepada Siti Hajjar, Mohamad Thuha Zainudin, 2, turut mengalami kecederaan.

“Tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Zainol dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung dan menyebabkan kereta mengalami kerosakan teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");