Panasnya Hari Ini

Serangan Peribadi: Amar Serah Pada Rakyat Buat Penilaian

KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai setiap dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau turut menyifatkannya sebagai satu serangan peribadi dan menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak berhasrat untuk membela diri.

Amar juga menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

“Dalam isu serangan peribadi seperti ini, saya lebih suka membiarkan orang ramai menilai dan tidak berhasrat membela diri.

“Kalau nak bela pun bukan diri, tapi parti dan kerajaan, ” katanya kepada media di pejabatnya di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Mohd Amar adalah punca terhadap kepincangan yag berlaku dalam kerajaan negeri Kelantan.

Husam juga dilaporkan turut mendesak Naib Presiden Pas itu meletak jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");