Jenayah

Setahun curi air Syabas

KLANG – Sebuah kilang kitar semula barangan plastik disyaki mencuri bekalan air sejak hampir setahun lalu menyebabkan Syabas terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM80,000.

Kilang yang beroperasi di Jalan Langat, Kampung Air Air Hitam itu disyaki melakukan perbuatan itu sejak April tahun lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, aduan itu dibuat penduduk sejak awal tahun lalu selepas berlakunya tekanan air rendah di kediaman mereka.

“Sehubungan itu, kita dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuat serbuan ke kilang berkenaan hari ini (semalam) yang dipercayai sudah beroperasi sejak empat tahun.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kita dapati wujud satu sambungan tidak sah pada paip utama Syabas ke kilang berkenaan sepanjang 100 meter,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati air berkenaan digunakan untuk menampung kegunaan aktiviti harian perniagaan di kilang itu.

“Semakan pada rekod bekalan air Syabas juga mendapati premis itu mempunyai akaun serta meter bekalan air yang sah berdaftar dengan Syabas.

“Kesalahan penyambungan bekalan air secara tidak sah ini telah dilakukan mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana siasatan lanjut akan dilakukan pihak SPAN,” katanya.\

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");