Panasnya Hari Ini

Shafee Abdullah Jangan ‘Kalut’- Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas peguam tersohor,Tan Sri Shafee Abdullah yang disifatkannya kelihatan kelam-kabut dan kalut berhubung tindakan Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara yang membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah.

Ujarnya, tindakan itu dilihatnya aneh apabila beliau merasakan bahawa Shafee tidak sepatutnya masuk campur urusan Majlis Peguam dan bersikap kelam-kabut.

Pada masa yang sama beliau turut berharap agar pihak Majlis Peguam dapat memberi sokongan moral pada perbicaraannya di mahkamah berhubung laporannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 1MDB dan Najib.

“Saya mempunyai ‘locus standi’ dalam kes ini sejak 12 Disember 2014 apabila membuat laporan polis dan SPRM keatas syarikat 1MDB dan Najib.

“Kerana kes ini jugalah saya telah terpaksa mengharungi pelbagai tekanan yang hebat khususnya ditahan selama 24 hari di dalam lokap ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur seterusnya ditahan di penjara Sungai Buloh selama limna minggu.

“Saya amat menaruh harapan yang tinggi agar pihak ‘judiciary’ akan bersikap adil dan telus di dalam menghakimi kes saya melawan peguam negara nanti,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman facebook miliknya.

Beliau turut berikrar kepada 30 juta rakyat Malaysia untuk melawan segala bentuk salah laku ataupun salah guna kuasa oleh mana-mana pihak penjawat awam secara habis-habisan.

“Kita tidak boleh kompromi sama sekali dengan agenda salahguna kuasa oleh sesiapapun di negara ini,” katanya.

Khairuddin turut mengingatkan Shafee bahawa selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah menjadi tanggungjawab untuk memerangi apa saja bentuk salah laku mahupun salah guna kuasa di negara ini kerana berpegang kepada prinsip luhur serta ajaran agama Islam yang tulen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");