Panasnya Hari Ini

Shafie, Mukhriz Kekal Bersama UMNO

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengambil keputusan untuk terus kekal bersama UMNO, mengikut keputusan yang diambil oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Mukhriz, mereka bertiga bertekad untuk terus berjuang dari dalam parti.

“Sama pendirian dengan Tan Sri Muhyiddin, saya memutuskan untuk kekal sebagai ahli dan mengkritik dari dalam,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Jelas Mukhriz lagi, pendirian yang diambilnya itu tidak bercanggah dengan keputusan ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari UMNO, Isnin lalu.

“Pendekatan sedikit berbeza, tetapi prinsipnya sama. Untuk menegakkan kebenaran dan jika berlaku kesalahan, perlu diambil tindakan.

“Atas prinsip ini, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie dan saya akan kekal,”katanya.

Mukhriz juga mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

Sementara itu, Shafie melahirkan rasa kesalnya terhadap penggantungan Muhyiddin yang didakwa tidak mengikut prosedur yang betul.

“Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah dulu juga lantang mengkritik, tetapi (Tun) Mahathir tidak memecat mereka.

“Kami hanya bertanya soalan dan bersikap kritikal, tidak timbul soal mahu menjatuhkan mana-mana pihak,”ujarnya.

Terdahulu, Shafie dan Muhyiddin antara yang digugurkan dari kerajaan pada Julai tahun lalu manakala Mukhriz disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Kedah, bulan lalu.

Tindakan itu dipercayai berikutan kelantangan mereka bertiga mengkritik Najib berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");